September 29, 2010 29/9/2010 Sejarah Baru Bermula..^_^

Tanggal 29 September 2010, sebuah sejarah baru bermula. Komitmen perlu dibahagikan untuk sejarah baru yang bermula hari ini. Bermulalah episod segala-galanya. ^_^
Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 28, 2010 Melayan-layan....

MUSE - RESISTANCE(album: UPRISING 2009)



Is our secret safe tonight
And are we out of sight
Or will our world come tumbling down?
Will they find our hiding place
Is this our last embrace
Or will the walls start caving in?

(It could be wrong, could be wrong) But it should have been right
(It could be wrong, could be wrong) To let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong) Are we digging a hole?
(It could be wrong, could be wrong) This is out of control

(It could be wrong, could be wrong) It can never last
(It could be wrong, could be wrong) Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong) But it could have been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resistance
They'll keep us apart and they won't to stop breaking us down
Hold me
Our lips must always be sealed

If we live a life in fear
I'll wait a thousand years
Just to see you smile again

Kill your prayers for love and peace
You'll wake the thought police
We can't hide the truth inside

(It could be wrong, could be wrong) But it should have been right
(It could be wrong, could be wrong) To let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong) Are we digging a hole?

(It could be wrong, could be wrong) This is out of control
(It could be wrong, could be wrong) It can never last
(It could be wrong, could be wrong) Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong) But it could have been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resistance
They'll keep us apart and they won't to stop breaking us down
Hold me
Our lips must always be sealed

The night has reached its end
We can't pretend
We must run
We must run
It's time to run
Take us away from here
Protect us from further harm
Resistance....

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 27, 2010 Surat Rayuan Tidak Di Bar

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Kepujian (XXXXXX)

2009XXXXXX

UiTM Perlis

Kepada,

XXXXXXXXXXX

Pensyarah XXXXXXXX

UiTM Perlis. 23 SEPTEMBER 2010

Tuan,

Penjelasan Tentang Tidak Hadir ke Kelas dan Mengapa Saya tidak perlu di BAR.

Merujuk perkara di atas, saya ingin memberi penjelasan tentang ketidak hadiran saya di kelas pada 4 hari secara berturut-turut iaitu pada tarikh 27.8, 30.8, 2.9 dan 23.9. Saya hanya mempunyai MC pada tarikh 23.9. pada tarikh-tarikh lain saya tidak dapat hadir ke kelas tuan disebabkan bangun lewat, masalah ketiadaan air dan masalah pengangkutan. Saya juga mengaku ketidak hadiran saya ke kelas encik dipengaruhi masalah disiplin saya sendiri dan saya memohon maaf atas tindakan saya itu.

2. Saya berharap pihak tuan tidak BAR saya daripada mengambil peperiksaan akhir bagi subjek tuan. Ini disebabkan saya ingin menghabiskan pelan pengajian saya dalam tempoh yang ditetapkan. Saya mengaku kesalahan dari saya kerana tidak hadir ke kelas tuan. Saya berjanji akan hadir ke kelas tuan sehingga akhir semester. Saya juga sanggup menerima apa juga tindakan daripada pihak tuan selain daripada di BAR dari peperiksaan. Saya tidak mahu menangguhkan pembelajaran saya kerana masalah ini. Dan yang paling penting saya tidak mahu menghampkan harapan kedua orang tua saya. Kos pembelajaran saya juga akan meningkat jika saya extend satu semester untuk mengambil subjek ini kembali. Saya juga khuatir tidak dapat menumpukan perhatian jika extend pada semester hadapan. Ini disebabkan rakan-rakan lain telah menamatkan pembelajaran sedangkan saya tidak.

3. Saya harap pihak tuan mempertimbangkan rayuan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengambil peperiksaan akhir. Pertimbangan tuan amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.


Yang benar,


------------------------------------------

XXXXXXXXXXXXXX

2009XXXXXX

BBA(Hons) XXXXXXX


Hahahahaha....ni surat rayuan yang aku rembat dr pendrive budak umah aku. Ayat penuh keinsafan. Ikhlas mengaku kesalahan. Hahahahaha....kalau aku lecturer dia ni aku gelak dulu pastu sumpah aku xbar dia. Hahahaha.......

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 26, 2010 Wasiat

Wasiat ini aku karangkan adalah kerana aku dah lama xbuat karangan. Ini adalah kerana aku khuatir yang aku berdepan dengan kesukaran untuk menghadapi assignment yg berbakul-bakul jumlahnya. Disini juga aku mahu memberitahu wasiat aku jika apa-apa yang terjadi kepada aku ketika membuat assignment yang berbakul-bakul tu.

1) BHF 2340 aku atau lebih dikenali sebagai Ducati 46 kaler biru purple bercapkan Nitro 120 kuasa lembu tu aku turunkan kepada housemate aku budak sport rec Halim dan Pakkus untuk ke kelas. Kerana aku kesian tengok korg pegi kelas naik basikal tiap2 hari. Motor itu juga untuk mengembalikan semangat korg untuk ke kelas supaya tidak di bar lecturer korg.

2) Notebook Acer yg berProcessorkan 2.13 GHz, berRamkan 2Gb, berHardDiskan 160Gb yang menjadi peneman di kala waktu sangap, mereng, sutun, senteng, yontol, senget, perasaan lobak merah dan sebagainya (Laici, 2010) ini aku turunkan kepada Lan kaki rayau di taman umah aku iaitu Taman Seri Wang nih. Ini adalah kerana supaya beri komitmen kepada beliau untuk menceburi bidang2 hartanah melalui internet. Ini untuk memastikan sebuah kompleks beli-belah dapat dibuka di Taman Seri Wang pada satu masa nanti.

3) Broadband Celcom bermodem kan modem CSL dengan kelajuan 3.6 Mbps (aku maen bantai jek) aku turunkan housemate dan satu kos yang juga mirip JB (Justin Bieber) iaitu Rayme. Jangan marah naa Rayme nnt kena jual. Jangan lupa bayar bil bulanan RM68 tau.

4) Handphone canggih aku Sony Ericsson z530i ni yang cukup canggih tanpa 3g juga mempunyai ciri canggih yang lain seperti kamera VGA, kepala flip handphone yang dh longgar, airbrush cover (calar-balar) kepada superhero terkenal iaitu superlaici. Aku tengok ko macam xcukup handphone jek nk melayan si Panda tu. Dengan sume jenis line ko nak sauk. Celcom 3+1 plan, celcom Upac, Hotlink Maxis lg. Lepas ni dapat phone aku beli Digi plak tau.

5) Tidak lupa juga kepada Pian Mahlup. Ko amek la sume baju aku tuh. Jadikan ini sebagai batu loncatan supaya satu hari nanti ko boleh pakai baju aku. Aku tau ko boleh. Dan kepada Bert Eskeleto, ko amek la external Harddisk 120Gb aku tuh.

Barangkali ketika anda membaca wasiat ni, aku sudah tiada lagi disini. Kemungkinan besar aku dah offline untuk menyambung membuat assignment aku yang berbakul-bakul tu. Ini bakal memudaratkan aku. Hahahaha....Tapi aku rasa aku mampu menyiapkan nya dengan tanpa setitis darah pun yang akan menyentuh Bumi. Bermakna wasiat ini akan ditarik balik. Wahahahhahaha.....

P/S: Wasiat ini hanyalah sekadar bahan guraun dan bukanlah btol2. Kalau korg sauk sume bende nih..abeh aku nk gune ape??


Yang Diperakui,

Koje Soulfly


Bibliography:

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 14, 2010 Selingan

Selingan Manja Dinihari.........

(I wanna be a billionaire...so fucking bad...buy all of the things i never had~~~~~) Ringtone telefon tangan Rostam berbunyi2 minta diangkat. Tertera jelas nama Pak Rahman a.k.a suami kepada Mak Gayah. Mak Gayah adalah emak kepada adik kepada Si Rostam iaitu Somtam. So, dah tentu2 lah Pak Rahman tu bapak kepada si Rostam. Tapi itu tidak diendahkan langsung oleh si Rostam lalu terus diangkat tanpa mengetahui siapa pemanggil tersebut.

Rostam: Helo2 kopi kamelo, nk minom teh o ais ke nk minom milo...malam ni race nk main brape kilo????

Pak Rahman: Kalau boleh malam ni kita main timbang beras 3 kilo lah. Kepala hangguk kau!!!!! Ekau ni poie mano xbalik2 ni haa?? Asik merayap jek dgn moto EX5 aku tu. Kojo umah xnk buek. Apo nak jadi dgn ekau ni Tam?

Rostam: What the?? Apo ni bapak??? Tam angkat tipon jo bapak sorang Tam mcm Tam peragut bersiri jo. Bapak ni tipon mesti ado apo nk suroh Tam poie boli??

Pak Rahman: Haa....kojap lg ekau balik jgn lupo poie boli starter.

TAPPPP!! Gagang telefon rumah Pak Rahman diletak kasar tanda protes terhadap anak kepada Mak Gayah yang merangkap isteri beliau. 56 minit kemudian si Rostam balik dengan membawa starter dengan harapan kepulangan beliau disambut alunan kompang oleh bapa beliau kerana telah menyempurnakan tugasan yang diberi 56 minit sebelum itu. Tapi hampa kerana bapa beliau terbongkang tidur di depan tv dgn tertera jelas E Channel. Rostam menggelengkan kepala beliau kerana suami Mak Gayah ni memang up-to-date tentang artis2 Hollywood ni. Jika ditanya siapa suami Beyonce. Dengan pantas beliau menjawab Jay-Z. Rostam mengejutkan bapanya yg sedang tidur itu.

Rostam: Bapak...oo...bapak. Bangun. Ni Tam dh boli starter yang bapak suroh boli td.

Pak Rahman: Haaa....ekau lotak dulu dalam freezer. Bagi sejuk sket. Kojap lagi omak ekau nk buek sup. (jwb dlm keadaan mamai)

Terkejut Si Rostam dengan jawapan bapa nya. Apa kejadahnya starter ni nak buat sup plak??? Dikejutnya lagi Rostam akan bapanya itu. Kali ini Rostam tidak berlembut lagi untuk mengejut bapanya. Dibisikkan ke telinga bapanya yang Jessica Alba berada didepan pintu rumah. Terkejut mengalahkan beruk bapanya sampai kainnya terlucut menampakkan benda yang tidak sepatutnya dilihat oleh Rostam. Berpaling seketika dan tergelak kecil Rostam menahan gelak melihat telatah orang tuanya itu.

Pak Rahman: Kuang ajo punyo anak. Mcm tu ekau kejut bapak ekau. Ha..mano starter yg aku suroh ekau boli td??

Rostam: Ni ha. Tapi apo kojadahnya bapak boli starter ni. Motor kek umah ni ado sebijik jo. Itupn xde starter. Guno kick start jo. Ni boli utk motor sapo ni?

Pak Rahman: Astghafirullahal'azim. Apo kono la ngn anak aku nih?? Aku suroh ekau poie boli starter lampu. Yang ekau boli starter motor ni sapo suruh??? Xkn ekau nk lekat motor EX5 aku tuh kt atas siling ni haa???

P/S: Ini salah Pak Rahman ke salah si Rostam. Ni input xsampai, bile xsampai xmau tanya pulak. Jadi mcm ni lah. Malu bertanya direction nak ke Petaling Street sesat sampai ke Petaling Jaya lah jawabnya nanti.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 7, 2010 Beza Raya Dulu Dan Sekarang

Fuhhhh.......hari raya dah semakin hampir. Adik, abang, kakak, mak, ayah, mak nyah, tok imam dan tok mudim dah xsabar nak raya tu. Tambah2 pula Mak Eton sebelah umah ni, sebelom puasa lagi dh countdown bila nk raya. Mak Eton, Mak Eton.....ish3(sambil menggelengkan kepala lutut). Mana x nye. Dia dh siap list berapa helai baju raya, list kuih raya, list kereta raya dan juga list washing machine raya. Suami Mak Eton tu mesti pening kepala memikirkan. Haaa....kita lupakan lah seketika kisah Mak Eton itu. Kisah Mak Eton tersebut ditaja khas oleh penyepak cap kaki cikgu Rahman di reka khas oleh aku sendiri. (Huh...hampeh).

Perghh...Intro bukan main panjang. Cerita tentang post ni blom start lagi. (Huh....lagi hampeh). Ok2.....kita start cite skrg ek??? bb jgn la majok.

Boleh dikatakan sebenarnya, makin diri kita ni besar, value hari raya tu makin kurang. So untuk senang utk korg semua fahami kisah2 ini dan senang marking dilakukan oleh pemeriksa, aku telah pointform kan serba sedikit perbezaan raya dulu dan sekarang ni.

1) Ni berkenaan malam2 sepanjang Ramadhan. Iaitu berkenaan solat Tarawikh. Masa kecik dulu, seronok gila kalau pegi sembahyang tarawikh. Nama jek pegi sembahyang tarawikh, tp bleh main kejar2 kt dalam surau dan kt luar. Main nyorok2. Pastu kena marah dgn pakcik misai tebal. Duduk la kejap jd baik. Bila pakcik misai tebal dan sambung sembahyang balik, kami pun sambung kejar2 balik la. Bila sembahyang dah abis nk sambung ke rakaat seterusnya, duduk balik, buat2 baik. Apalagi, pakcik misai tebal berbulu lah xde bukti nk marah sebab bdk2 ni duduk diam jek pulak. Kehkehkehkehkeh. Tapi bila dah besar ni, bila pegi sembahyang tarawikh. Mesti kena sembahyang. Xkan nk main kejar2 plak. Ape kejadahnya badan dah besar macam tong dram main kejar2 dlm surau. Mau tok Imam yg mengimamkan Tarawikh tu bukak jurus Kura-kura yang ke-13.5 nnt. Tp yang dh besar panjang ni yg malas nk sembahyang pegi la melepak kt tempat lain. Maple seberang jalan sana ke, Lepak padang tengah ke. Tu yang malas teruk. Yang xseberapa malas ni kalau org tanya "nk g semayang tawarikh ke?"....mmg btol dia pegi sembahyang tarawikh jek, sembahyang witir dia dah blk. Xpn lepak blakang tggu moreh. Hahahha...mcm2 la. So,

2) Perkara yang ke-2 berkenaan dgn duit raya. Kalau dulu masa kecik mmg best dan super duper excited nak raya. Sebab nya nk collect duit raya sebanyak mungkin. Nanti masa kat sekolah bleh tanya kt kengkawan duit raya sapa paling banyak. Kawan ni dpt RM 155.34, kawan ni dapat RM 235.30, kawan yang ni pulak RM 888.88. Kalau yang dpt duit sen2 tu sebab g beraya kt umah orang yg kita xkenal la. Dulu boleh la tadah muka g beraya kt umah orang yg kita xkenal. Sbb dulu kecik lagi. Cube sekarang korg try. Huh. Jgn harap. Buat malu muka sniri jek. Hahahhaa. Bila dah besar cmni dan bila dan kerja nanti. Xkn nk mengharap dapat duit raya lg kuwt. Mesti la kita yg kena bg. Kopak2.....kahkahkahka

3) Perkara yg terakhir sebab aku malas nk kupas2 banyak tentang isu ni and xde idea sgt iaitu berkenaan bila balik kampung. Dulu, memang best kalau balik kampung. Berkumpul sedare mare. Maen mercun, meriam tanah, bunga api, bakar pelita, padamkan pelita umah org sebelah, balik mercun kt ayam die. Pendek kata macam2 la tp panjang xkate ape2 plak. Nak tido mane2 pn bleh. Nk menyelit bawah ketiak mak boleh. Banyak la ruang lagi nk tdo kt kampung tu. Tapi sekarang. Bila keluarga dah bertambah dan beranak pinak. Nak tdo pn xbleh. Sebab xtau nk tdo mana. Anak paklang tu bleh sampai tido bawah meja lg. Limited spaces. Maknenye, nk tido kena masa bukan org tido. Time2 tengahari dan petang. Nk wat cmne? tu jek solution yg ade. Pastu nnt kena marah. "Ko ni tdo tyme org dtg". Yela kn, xkn nk ajak tetamu tido sekali plak.

Tu jek la yang boleh aku kupaskan tentang beza raya dulu dan sekarang, beza raya mase kecik dan besar. Enjoy!!! n SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Digg it StumbleUpon del.icio.us
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 .Kisah Penglipurlara.
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint