March 28, 2011 Sistem Pengairan Semakin Meruncing.

Ni satu benda wa nak story kat lu orang semua. Setelah bertapak hampir 2 tahun kat rumah sewa aku kat Araustralia ni, hari ni wa rasa dah cukup fed up dengan sistem pengairan kat rumah wa ni.

Sejak 2 tahun lepas, wa terasa amat setia dan loyal keatas rumah sewa wa ni. Nak pindah rumah wa tak tau nak duduk mana pulak nanti. Takkan wa nak tumpang rumah Pak Abu dengan Kak Kiah kat hujung kampung sana. So daripada wa jem pikir nak duduk tak tentu hala, wa decide wa stay je kat rumah ni walaupun rumah ni banyak mendatangkan masalah kat wa dan penyewa-penyewa yang lain.

Walaupun sering ditimpa musibah dan masalah seperti pemotongan elektrik yang dilabelkan cukup kerap berlaku kat rumah wa ni (sebab tuan rumah asyik lupa nak tolong bayarkan, ditambah pula penyewa-penyewa tegar kat rumah ni amat liat membayar sewa termasuk wa sekali), masalah taik terapung kat dalam jamban, dan juga masalah-masalah negara yang turut menjadi isu di rumah sewa ni. Tapi masalah yang paling kerap dihadapi oleh wa dan penyewa-penyewa tegar yang lain ialah seperti yang telah wa highlight kat perenggan pertama tadi, iaitu masalah sistem pengairan.

Sistem pengairan kat rumah sewa ni semakin meruncing tatkala penyewa-penyewa tegar kat rumah ni berebut-rebut untuk masuk toilet atas alasan hendak tambah pelaburan dalam ASB, mandi wajib, mandi sunat, dan mandikan anak kucing. Ini sudah jelas menjadi masalah besar kepada penyewa-penyewa tegar tatkala masalah sistem pengairan ini semakin meruncing. Satu usul telah dibawa kepada parlimen untuk dibahaskan supaya masalah sistem pengairan ini tidak berulang lagi kelak.

Tapi sebelum, janji hanya tinggal janji sahaja. Sedangkan lembu Pak Atan pun tiada masalah dalam meragut rumput, inikan pula manusia didalam rumah. Arghhh!!! Apa aku mengarut ni. Ok2...wa malas nak cerita panjang. Senang cerita wa fed up sudah dengan problem air yang nak keluar segan mati pun segan ni. Wa nak cari rumah sewa lain. Dem eshol madefaker. Huh!!!


Digg it StumbleUpon del.icio.us

0 Komen Pedas:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 .Kisah Penglipurlara.
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint