October 23, 2010 Malang lagi da...

Harini aku nk tuka kata ganti diri aku kepada “gua,lu”. Supaya Nampak lebih Farid Kamil. Kenapa Farid Kamil? Sebab dia nampak bajet cool kot? Hahahaha. Berdasarkan mood baru dengan layout baru ini gua rasa eloklah gua garapkan satu karangan untuk esei gua hari ni. Tidak lupa juga kepada ms.Juliet yang bersusah payah menukarkan blog gua ni.

“Gua hutang budi dengan lu”

Ok, karangan hari ni berkisarkan malang yang menimpa gua dengan Ducati 46 gua. Ducati 46 tu motor gua la Nitro berkuasa lembu 120 cc. Asyik cite pasal malang jek.

Ok, kita mula sekaranglah.

Hari tu gua dengan budak umah sewa gua plan nak g main futsal kat Kangar. Gua ingatkan nanti nak bayar futsal tu pakai air liur, sebab dalam dompet gua satu sen haram pon xde. Tapi aku ubah fikiran untuk keluar awal untuk draw duit bersama Pak Kos, salah seorang housemate aku budak Sport Rec.

Otw nak ke Kangar, gua hentam Ducati 46 gua 120. Potong kete sane, potong kete sini. Akhirnya gua sampai jugak kat Maybank Kangar. Lepas tu g Bank Islam lak, sebab si Pak Kos lak nak cucuk duit. Sesudah itu gua dengan Pak Kos berlalu meninggalkan bank.

Gua pon meneruskan la perjalanan. Gua try ikut shortcut nak ikut signbod padang besar. Tapi sampai satu simpang tuh. Tetiba motor gua bergegar macam kena rasuk jin. Gua try masuk gear. Boleh, tapi masalahnya tetap motor xleh nak jalan. Mengaum motor gua marah. Aik!!Gear box gua rosak ke?? Ke clutch plat gua buat hal??

Gua pon benti la depan sket dari simpang tuh. Bermacam-macam lah andaian gua ngn Pak Kos pasal motor gua tuh. Gua dh ready nak guna talian hayat gua, iaitu tipon budak umah gua. Tapi gua gagal memberi koordinat tepat dimana gua berada. Boleh dikatakan gua ni sesat la. Cilake btol.

Gua try la betol kan side mirror gua. Dengan harapan moto gua bleh gerak. Tapi tetap gagal. Tetiba Pak Kos bersuara…

“Weh, rantai ko jatuh la”

Dem rantai gua putus, eh, jatuh…..perghhh selamat gua. Macam rantai basikal da.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 20, 2010 Surat Untuk Housemates

Kehadapan housemate2 aku sekalian,

First of all, aku ingin mengucapkan selamat berjaya untuk mengharungi saki baki kehidupan korang kt umah sewa ni. Berdasarkan ranjau, rintangan, road block, jalan zig-zag dan ketika segerombolan kambing Pak Atan(Laici, 2010) yang melintas kt umah sewa kita ni.

Juga masalah lain seperti kekerapan ketiadaan air untuk berak, mandi dan mengambil sembahyang juga masalah yang paling latest sorang brader datang umah sewa kita mcm tonto along mintak menjelaskan bunga, daun, pucuk paku, ranting kepada abang sulung mereka. Sebagai amaran beliau turut menampal surat berkaler darah kat dahi aku serta bertindak memotong elektrik rumah kita ni. Haaa...takot kan?? Brader tersebut telah diarah kan oleh TNB memotong bekalan letrik kt rumah kita ni. Tapi nasib kita baik sebab ada solution sementara itu masalah lektrik ni. Menurut sumber, tuan rumah sudah diperjelaskan tentang perkara ini dan dengan lincah nya pergi menyelamatkan kita semua.

Tapi…..TAPI!!!!(nada yang semakin tegas) apa yang aku hendak tekan kan kt sini iaitu…..si lembu mana berak kt toilet xbasuh tu??? Bukan sekali, bukan dua kali, dan juga bukan tiga kali, malahan sudah berkali2 aku jumpa lebihan coklat tu dalam mangkuk tandas. Sebelum aku buat sup bg korang makan, bawak2 lah bertobat. Kalau aku dapat tangkap sape yang buat perangai tu, memang aku sula ngn mop lantai.Biar sebulan xberak. Baru korang tau. Kepada housemate laen yg xde blog dan fesbuk. Sila beri perturungkan surat ini kepada mereka yang lain. Tangan aku dah ready ngn mop lantai ni.

Consider la sket bro, tu tandas kite kongsi ramai2. Kapal Karam Laici Walia ada menyebut sewaktu PC Fair kt Arau, when you sharing, you must be caring. Sekian.

Saksi,

Koje Soulfly

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 19, 2010 Hepy Bezday....18/10/2010

Hepy Bezday kepada Nurzatul Akma tersayang yang menyambut bezday beliau pada 18/10/2010......mintak ampun dan maaf sebab i xdapat nak balik celebrate besday u sesame atas faktor2 yang membuatkan i xboleh balik........tq juga kepada Huda dan bf beliau Wan kerana celebrate besday beliau dan membuatkan beliau hepy........

kek beliau...
wish kad beliau.....^___^
besday gurl

Hepy besday Sayang....
Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 17, 2010 dapat AWARD dowh...

Terima kasih kepada Dolly Molly kerana memberi sy award ini.....



1. write 5 interesting facts about the person who give u the award!
::suka hello kitty::
::mengidamkan toyota caldina::
::suka karok::
::suka men fesbuk::
::suka update blog::

2. write 10 interesting facts about yourself n your hobby..
::gila fesbuk::
::gila futsal::
::gila bola::
::gila skype::
::gila tdo::
::gila susah tdo malam::
::gila karok::
::gila kan kau::
::gila-gila::
::xgila sgt la::

dan award ni aku bg kt org slalu komen kt blog aku iaitu kepada ms.juliet tersayang, superlaici, pian..
mulekan nak bagi kt sitiaby dan ciklala tp anda dah dpt award ni kn?? so no need la....dan tidak lupe juge kepada remy maximus....anda juga dpt award nih....wlupn lu xpnh komen kt blog gua....gua kasi jek kt lu..


Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 13, 2010 Selingan II: Kisah Dewan Badminton

Satu majlis perkahwinan yang besar-besaran dan gilang-gemilang terbilang dan cemerlang telah diadakan di dewan badminton tempat orang main badminton. Pepatah Cik Joyah dipetik disini iaitu,

“Grand gitu.”

Majlis tersebut dimulakan pada pukul 12 tengahari. Makcik Peah, makcik Bedah dan tidak lupa juga kak Siti Tanjung Perak berpusu-pusu ke majlis bersama suami dan anak-anak kambing mereka. Ibu dan bapak pengantin yang awal2 dah standby kat depan pintu dewan menanti tetamu yang datang sebenarnya ada niat lain di sebalik mee sedap. Haaa…bersalaman sambil mengaut keuntungan. Diibaratkan insurans perlindungan diberikan oleh tetamu kepada ibu dan bapak pengantin dan juga sebagai tiket untuk masuk. Cam masuk gig plak.

Lebih kurang pukul 1.30 tengahari pengantin pun sampai. Mereka ini diibaratkan Penang di belah dua disatukan oleh Jejantas Pulau Pinang bertolkan RM7 sekali masuk(ni pepatah aku, aku pedulik hapa). Kompang dipalu, pengantin lalu, lalu azan Zuhur berkumandang tanda masuknya waktu azan. Pak Lebai yang menjadi tetamu itu pun menunjukkan tanda protes keatas bapak pengatin supaya bunyi alunan kompang diberhentikan tapi dihalang keras sambil menunjukkan resit oleh bapak pengantin atas alasan.

“Seratus lima puluh depa amek bai takkan nak main setengah lagu ja. Depa dok penat mendonlod lagu ni kelmarin.”

Pak Lebai atau nama gangster beliau “Bai” hanya mampu menahan kemarahan. Hampir terpacul dari mulut Pak Lebai perkataan fakof tapi iman menjadi penghalang.

Majlis persandingan, makan beradab dan silat pulut telah berlalu, pengantin lelaki dan tetamu-tetamu terpaksa membuka butang seluar akibat muatan melebihi kapasiti sepatutnya. Deejay yang diimport khas dari Kampung Dusun yang dilantik untuk menjadi deejay kenduri kawen yang penoh grand ini memulakan bicara.

“Majlis diperhebatkan lagi dengan pengantin dijemput ke tengah gelanggang untuk bermain badminton”

Wadehel?? Ini kalau Lee Chong Wei pon terkejut. Tula sape suruh wat kenduri kawen kt dewan badminton. Kan dh kena maen badminton.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 12, 2010 Dukanya 10/10/10...

Dimulakan dengan 10/10/10 iaitu tarikh yang cantik, hot, cun melecun, lentik, kebabom dan sumela yang berkaitan. Kepada yang menyambut besday dan sape2 yang kawen pada tarikh bertuah dan berjebat ini, aku mengambil kesempatan, hepy besday dan selamat berkawen, semoga panjang umur dan dipanjangkan jodoh sehingga bercerai nyawa. Ok2, kita kurangkan humor pada post kali ini. OK?

Ok, dah boleh start serius....

Tarikh 10/10/10 ini juga lah terjadinya kemalangan ngeri yang meragut lebih kurang 12 nyawa dan 40 lagi cedera di KM 223 Lebuhraya Plus berhampiran simpang Ampat, Melaka ni. Sumber yang aku perolehi ialah kemalangan yang menglibatkan 2 bas ekpress, 3 kereta dan 1 van. Kemalangan tersebut terjadi apabila sebuah bas ekpress hilang kawalan lalu merempuh divider dan terpelanting ke arah jalan bertentangan dan merempuh kenderaan di seberang jalan tersebut. Berikut adalah antara gambar yang aku perolehi daripada fesbuk.





Dan ini adalah link lebihan gambar daripada fesbuk iaitu daripada laman fesbuk Tanya aReal Fan http://www.facebook.com/album.php?aid=239589&id=300718539016&ref=mf.

Marilah kita sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian dan berharap ahli keluarga mereka tabahkan hati mereka menempuh dugaan ini. AL-FATIHAH...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 9, 2010 Malang........

Pada hari selasa, bertarikhkan bila ntah, jam 1.45 pm. Aku bersiap2 untuk ke kelas Service Marketing. Gigi digosok sakan, badanku ku curahi air daripada besen. Selesai mandi, aku pon mengenakan t-shirt kolar dan seluar jeans dengan gaya terkini. Rambut disikat rapi.

“Ok, dah siap. Yukk ke kelas”, berkata aku sendirian.

Ku gapai helmet untuk kekelas. Lalu aku lantas berkata sendirian lagi.

“Adoi, sikat rambut penat2 kena pakai helmet jugak”

Helmet sudah digapai, kasut sudah dipakai. Lalu aku pun turun tangga rumah kedai yang aku sewa ni. Sampai dibawah baru aku teringat, kunci motor lupa nak amek. Naik la tangga yang ala-ala tangga Batu Caves tu balik. Kunci motor sudah diambil lalu aku turun semula dan mula menghidupkan motor.

“Tang….tang…..tang…..”, bunyi motor 125z Catalyzer mamat sebelah aku. Aku baru nak mula hidupkan motor. Motor aku jenama Malaysia punya. Cintai lah barang buatan Malaysia. Padahal dah terdesak, motor tu jek yang bapak aku belikan. Kalau ikutkan hati aku nak jek suruh bapak aku belikan motorcar(kereta). “ Keh….keh….keh”, tergelak aku sendirian kat atas motor tu. Brader cybercaf√© Gigamaz tu dah wusha2 aku dah.

“Apahal la budak ni ketawa sorang2?” bisik hati brader tersebut. Agaknya la.

Bila dah motor aku dh start, baru aku terperasan minyak motor aku dh hampir kekeringan. Kalau ikutkan hati aku yang malas ni nak jek aku terus pegi kelas dengan minyak motor yg xseberapa banyak ni. Tapi disebabkan kalau aku ikutkan hati aku ni, memang aku dapat pegi kelas. Tp balik belom tentu lagi.

Jam menunjukkan pukul 2.15 pm. Nak xnk kena isi minyak jugak ni. Aku pon menuju la ke stesen minyak Arau dengan harapan motor ni xmati tengah2 jalan angkara kekeringan minyak. Aku pon ikut la jalan yang xde traffic light sbb kalau aku stop kt traffic light mmg konpem moto ni mati. Sampai kat simpang Pauh, memang xde traffic light tp kena stop jgk sebab kereta kt situ mcm F1 punya laju. Seperti sudah dijangka, motor aku mati tidak bernyawa lagi.

“Perghh, memang best menolak motor ni sampai petrol pump tengah2 panas ni”

Jam sudah hampir 2.30 pm. Aku gagahi juga menolak motor ni sampai ke stesen minyak yang dah xjauh dari simpang tu. Sampai2 jek kt Shell, “TUTUP”. Pe kejadahnya lak ni Shell ni tutup tenghari buta ni? Mogok ke ape ni? Aku pon redha la. Nasib aku baik sebab xjauh kedepan ada Petronas. Aku pon menolak la motor tu sampai sana. On the way tengah menolak tu ada satu kereta baru keluar dari Petronas menunjukan isyarat tangan “ takde” kepada aku.

“F**K, ape l****u ni s**l, nak tutup time2 cmni lak. Diorg nih xtau ke aku menolak motor ni macam tolak lembu suruh berjalan.”

Ku sangka ni sume trick Zain Ruffedge seperti dalam Wakenabeb tu. Tapi jangkaan aku ternyata meleset sama skali. 10 minit aku tunggu depan Petronas, Zain Ruffegde dan geng2 kamera Wakenabeb xmuncul2 jgk.

“Gua kene main da.”

Lalu aku pon call housemate aku bernama timangan dia BERT untuk amek aku kat depan Petronas ni. Tapi hampa kat rumah sewa aku semua motor out of services sebab semua pegi kelas. Motor Bert kena sauk ngn Rayme Efron sebab dia misplaced kunci motor dia sendiri. Huh, jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pm. Kelas aku start 2.30pm. Adoi, terponteng lagi. Tapi, nasib baek superhero seMalaya tiba di petronas 5 minit kemudian setelah di inform oleh Bert tentang kemalangan yang melanda diri aku ni. Beliau tidak lain dan tidak bukan superlaici. Terima kasih kepada superlaici kerana menolong orang ketika kesusahan. Superhero yang tidak terbang tapi dating bersama motor kriss. Kekhekhekehkehe

Tidak lupa kepada Encik Kamsol kerana sy terponteng kelas encik. Saya tidak sengaja. Harap encik membaca post sy ni. Nasib saya yang malang ni menghalang saya utk menghadiri kelas encik pada hari tersebut. ^_^

Digg it StumbleUpon del.icio.us
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 .Kisah Penglipurlara.
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint