October 23, 2010 Malang lagi da...

Harini aku nk tuka kata ganti diri aku kepada “gua,lu”. Supaya Nampak lebih Farid Kamil. Kenapa Farid Kamil? Sebab dia nampak bajet cool kot? Hahahaha. Berdasarkan mood baru dengan layout baru ini gua rasa eloklah gua garapkan satu karangan untuk esei gua hari ni. Tidak lupa juga kepada ms.Juliet yang bersusah payah menukarkan blog gua ni.

“Gua hutang budi dengan lu”

Ok, karangan hari ni berkisarkan malang yang menimpa gua dengan Ducati 46 gua. Ducati 46 tu motor gua la Nitro berkuasa lembu 120 cc. Asyik cite pasal malang jek.

Ok, kita mula sekaranglah.

Hari tu gua dengan budak umah sewa gua plan nak g main futsal kat Kangar. Gua ingatkan nanti nak bayar futsal tu pakai air liur, sebab dalam dompet gua satu sen haram pon xde. Tapi aku ubah fikiran untuk keluar awal untuk draw duit bersama Pak Kos, salah seorang housemate aku budak Sport Rec.

Otw nak ke Kangar, gua hentam Ducati 46 gua 120. Potong kete sane, potong kete sini. Akhirnya gua sampai jugak kat Maybank Kangar. Lepas tu g Bank Islam lak, sebab si Pak Kos lak nak cucuk duit. Sesudah itu gua dengan Pak Kos berlalu meninggalkan bank.

Gua pon meneruskan la perjalanan. Gua try ikut shortcut nak ikut signbod padang besar. Tapi sampai satu simpang tuh. Tetiba motor gua bergegar macam kena rasuk jin. Gua try masuk gear. Boleh, tapi masalahnya tetap motor xleh nak jalan. Mengaum motor gua marah. Aik!!Gear box gua rosak ke?? Ke clutch plat gua buat hal??

Gua pon benti la depan sket dari simpang tuh. Bermacam-macam lah andaian gua ngn Pak Kos pasal motor gua tuh. Gua dh ready nak guna talian hayat gua, iaitu tipon budak umah gua. Tapi gua gagal memberi koordinat tepat dimana gua berada. Boleh dikatakan gua ni sesat la. Cilake btol.

Gua try la betol kan side mirror gua. Dengan harapan moto gua bleh gerak. Tapi tetap gagal. Tetiba Pak Kos bersuara…

“Weh, rantai ko jatuh la”

Dem rantai gua putus, eh, jatuh…..perghhh selamat gua. Macam rantai basikal da.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 20, 2010 Surat Untuk Housemates

Kehadapan housemate2 aku sekalian,

First of all, aku ingin mengucapkan selamat berjaya untuk mengharungi saki baki kehidupan korang kt umah sewa ni. Berdasarkan ranjau, rintangan, road block, jalan zig-zag dan ketika segerombolan kambing Pak Atan(Laici, 2010) yang melintas kt umah sewa kita ni.

Juga masalah lain seperti kekerapan ketiadaan air untuk berak, mandi dan mengambil sembahyang juga masalah yang paling latest sorang brader datang umah sewa kita mcm tonto along mintak menjelaskan bunga, daun, pucuk paku, ranting kepada abang sulung mereka. Sebagai amaran beliau turut menampal surat berkaler darah kat dahi aku serta bertindak memotong elektrik rumah kita ni. Haaa...takot kan?? Brader tersebut telah diarah kan oleh TNB memotong bekalan letrik kt rumah kita ni. Tapi nasib kita baik sebab ada solution sementara itu masalah lektrik ni. Menurut sumber, tuan rumah sudah diperjelaskan tentang perkara ini dan dengan lincah nya pergi menyelamatkan kita semua.

Tapi…..TAPI!!!!(nada yang semakin tegas) apa yang aku hendak tekan kan kt sini iaitu…..si lembu mana berak kt toilet xbasuh tu??? Bukan sekali, bukan dua kali, dan juga bukan tiga kali, malahan sudah berkali2 aku jumpa lebihan coklat tu dalam mangkuk tandas. Sebelum aku buat sup bg korang makan, bawak2 lah bertobat. Kalau aku dapat tangkap sape yang buat perangai tu, memang aku sula ngn mop lantai.Biar sebulan xberak. Baru korang tau. Kepada housemate laen yg xde blog dan fesbuk. Sila beri perturungkan surat ini kepada mereka yang lain. Tangan aku dah ready ngn mop lantai ni.

Consider la sket bro, tu tandas kite kongsi ramai2. Kapal Karam Laici Walia ada menyebut sewaktu PC Fair kt Arau, when you sharing, you must be caring. Sekian.

Saksi,

Koje Soulfly

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 19, 2010 Hepy Bezday....18/10/2010

Hepy Bezday kepada Nurzatul Akma tersayang yang menyambut bezday beliau pada 18/10/2010......mintak ampun dan maaf sebab i xdapat nak balik celebrate besday u sesame atas faktor2 yang membuatkan i xboleh balik........tq juga kepada Huda dan bf beliau Wan kerana celebrate besday beliau dan membuatkan beliau hepy........

kek beliau...
wish kad beliau.....^___^
besday gurl

Hepy besday Sayang....
Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 17, 2010 dapat AWARD dowh...

Terima kasih kepada Dolly Molly kerana memberi sy award ini.....



1. write 5 interesting facts about the person who give u the award!
::suka hello kitty::
::mengidamkan toyota caldina::
::suka karok::
::suka men fesbuk::
::suka update blog::

2. write 10 interesting facts about yourself n your hobby..
::gila fesbuk::
::gila futsal::
::gila bola::
::gila skype::
::gila tdo::
::gila susah tdo malam::
::gila karok::
::gila kan kau::
::gila-gila::
::xgila sgt la::

dan award ni aku bg kt org slalu komen kt blog aku iaitu kepada ms.juliet tersayang, superlaici, pian..
mulekan nak bagi kt sitiaby dan ciklala tp anda dah dpt award ni kn?? so no need la....dan tidak lupe juge kepada remy maximus....anda juga dpt award nih....wlupn lu xpnh komen kt blog gua....gua kasi jek kt lu..


Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 13, 2010 Selingan II: Kisah Dewan Badminton

Satu majlis perkahwinan yang besar-besaran dan gilang-gemilang terbilang dan cemerlang telah diadakan di dewan badminton tempat orang main badminton. Pepatah Cik Joyah dipetik disini iaitu,

“Grand gitu.”

Majlis tersebut dimulakan pada pukul 12 tengahari. Makcik Peah, makcik Bedah dan tidak lupa juga kak Siti Tanjung Perak berpusu-pusu ke majlis bersama suami dan anak-anak kambing mereka. Ibu dan bapak pengantin yang awal2 dah standby kat depan pintu dewan menanti tetamu yang datang sebenarnya ada niat lain di sebalik mee sedap. Haaa…bersalaman sambil mengaut keuntungan. Diibaratkan insurans perlindungan diberikan oleh tetamu kepada ibu dan bapak pengantin dan juga sebagai tiket untuk masuk. Cam masuk gig plak.

Lebih kurang pukul 1.30 tengahari pengantin pun sampai. Mereka ini diibaratkan Penang di belah dua disatukan oleh Jejantas Pulau Pinang bertolkan RM7 sekali masuk(ni pepatah aku, aku pedulik hapa). Kompang dipalu, pengantin lalu, lalu azan Zuhur berkumandang tanda masuknya waktu azan. Pak Lebai yang menjadi tetamu itu pun menunjukkan tanda protes keatas bapak pengatin supaya bunyi alunan kompang diberhentikan tapi dihalang keras sambil menunjukkan resit oleh bapak pengantin atas alasan.

“Seratus lima puluh depa amek bai takkan nak main setengah lagu ja. Depa dok penat mendonlod lagu ni kelmarin.”

Pak Lebai atau nama gangster beliau “Bai” hanya mampu menahan kemarahan. Hampir terpacul dari mulut Pak Lebai perkataan fakof tapi iman menjadi penghalang.

Majlis persandingan, makan beradab dan silat pulut telah berlalu, pengantin lelaki dan tetamu-tetamu terpaksa membuka butang seluar akibat muatan melebihi kapasiti sepatutnya. Deejay yang diimport khas dari Kampung Dusun yang dilantik untuk menjadi deejay kenduri kawen yang penoh grand ini memulakan bicara.

“Majlis diperhebatkan lagi dengan pengantin dijemput ke tengah gelanggang untuk bermain badminton”

Wadehel?? Ini kalau Lee Chong Wei pon terkejut. Tula sape suruh wat kenduri kawen kt dewan badminton. Kan dh kena maen badminton.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 12, 2010 Dukanya 10/10/10...

Dimulakan dengan 10/10/10 iaitu tarikh yang cantik, hot, cun melecun, lentik, kebabom dan sumela yang berkaitan. Kepada yang menyambut besday dan sape2 yang kawen pada tarikh bertuah dan berjebat ini, aku mengambil kesempatan, hepy besday dan selamat berkawen, semoga panjang umur dan dipanjangkan jodoh sehingga bercerai nyawa. Ok2, kita kurangkan humor pada post kali ini. OK?

Ok, dah boleh start serius....

Tarikh 10/10/10 ini juga lah terjadinya kemalangan ngeri yang meragut lebih kurang 12 nyawa dan 40 lagi cedera di KM 223 Lebuhraya Plus berhampiran simpang Ampat, Melaka ni. Sumber yang aku perolehi ialah kemalangan yang menglibatkan 2 bas ekpress, 3 kereta dan 1 van. Kemalangan tersebut terjadi apabila sebuah bas ekpress hilang kawalan lalu merempuh divider dan terpelanting ke arah jalan bertentangan dan merempuh kenderaan di seberang jalan tersebut. Berikut adalah antara gambar yang aku perolehi daripada fesbuk.





Dan ini adalah link lebihan gambar daripada fesbuk iaitu daripada laman fesbuk Tanya aReal Fan http://www.facebook.com/album.php?aid=239589&id=300718539016&ref=mf.

Marilah kita sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian dan berharap ahli keluarga mereka tabahkan hati mereka menempuh dugaan ini. AL-FATIHAH...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

October 9, 2010 Malang........

Pada hari selasa, bertarikhkan bila ntah, jam 1.45 pm. Aku bersiap2 untuk ke kelas Service Marketing. Gigi digosok sakan, badanku ku curahi air daripada besen. Selesai mandi, aku pon mengenakan t-shirt kolar dan seluar jeans dengan gaya terkini. Rambut disikat rapi.

“Ok, dah siap. Yukk ke kelas”, berkata aku sendirian.

Ku gapai helmet untuk kekelas. Lalu aku lantas berkata sendirian lagi.

“Adoi, sikat rambut penat2 kena pakai helmet jugak”

Helmet sudah digapai, kasut sudah dipakai. Lalu aku pun turun tangga rumah kedai yang aku sewa ni. Sampai dibawah baru aku teringat, kunci motor lupa nak amek. Naik la tangga yang ala-ala tangga Batu Caves tu balik. Kunci motor sudah diambil lalu aku turun semula dan mula menghidupkan motor.

“Tang….tang…..tang…..”, bunyi motor 125z Catalyzer mamat sebelah aku. Aku baru nak mula hidupkan motor. Motor aku jenama Malaysia punya. Cintai lah barang buatan Malaysia. Padahal dah terdesak, motor tu jek yang bapak aku belikan. Kalau ikutkan hati aku nak jek suruh bapak aku belikan motorcar(kereta). “ Keh….keh….keh”, tergelak aku sendirian kat atas motor tu. Brader cybercafé Gigamaz tu dah wusha2 aku dah.

“Apahal la budak ni ketawa sorang2?” bisik hati brader tersebut. Agaknya la.

Bila dah motor aku dh start, baru aku terperasan minyak motor aku dh hampir kekeringan. Kalau ikutkan hati aku yang malas ni nak jek aku terus pegi kelas dengan minyak motor yg xseberapa banyak ni. Tapi disebabkan kalau aku ikutkan hati aku ni, memang aku dapat pegi kelas. Tp balik belom tentu lagi.

Jam menunjukkan pukul 2.15 pm. Nak xnk kena isi minyak jugak ni. Aku pon menuju la ke stesen minyak Arau dengan harapan motor ni xmati tengah2 jalan angkara kekeringan minyak. Aku pon ikut la jalan yang xde traffic light sbb kalau aku stop kt traffic light mmg konpem moto ni mati. Sampai kat simpang Pauh, memang xde traffic light tp kena stop jgk sebab kereta kt situ mcm F1 punya laju. Seperti sudah dijangka, motor aku mati tidak bernyawa lagi.

“Perghh, memang best menolak motor ni sampai petrol pump tengah2 panas ni”

Jam sudah hampir 2.30 pm. Aku gagahi juga menolak motor ni sampai ke stesen minyak yang dah xjauh dari simpang tu. Sampai2 jek kt Shell, “TUTUP”. Pe kejadahnya lak ni Shell ni tutup tenghari buta ni? Mogok ke ape ni? Aku pon redha la. Nasib aku baik sebab xjauh kedepan ada Petronas. Aku pon menolak la motor tu sampai sana. On the way tengah menolak tu ada satu kereta baru keluar dari Petronas menunjukan isyarat tangan “ takde” kepada aku.

“F**K, ape l****u ni s**l, nak tutup time2 cmni lak. Diorg nih xtau ke aku menolak motor ni macam tolak lembu suruh berjalan.”

Ku sangka ni sume trick Zain Ruffedge seperti dalam Wakenabeb tu. Tapi jangkaan aku ternyata meleset sama skali. 10 minit aku tunggu depan Petronas, Zain Ruffegde dan geng2 kamera Wakenabeb xmuncul2 jgk.

“Gua kene main da.”

Lalu aku pon call housemate aku bernama timangan dia BERT untuk amek aku kat depan Petronas ni. Tapi hampa kat rumah sewa aku semua motor out of services sebab semua pegi kelas. Motor Bert kena sauk ngn Rayme Efron sebab dia misplaced kunci motor dia sendiri. Huh, jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pm. Kelas aku start 2.30pm. Adoi, terponteng lagi. Tapi, nasib baek superhero seMalaya tiba di petronas 5 minit kemudian setelah di inform oleh Bert tentang kemalangan yang melanda diri aku ni. Beliau tidak lain dan tidak bukan superlaici. Terima kasih kepada superlaici kerana menolong orang ketika kesusahan. Superhero yang tidak terbang tapi dating bersama motor kriss. Kekhekhekehkehe

Tidak lupa kepada Encik Kamsol kerana sy terponteng kelas encik. Saya tidak sengaja. Harap encik membaca post sy ni. Nasib saya yang malang ni menghalang saya utk menghadiri kelas encik pada hari tersebut. ^_^

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 29, 2010 29/9/2010 Sejarah Baru Bermula..^_^

Tanggal 29 September 2010, sebuah sejarah baru bermula. Komitmen perlu dibahagikan untuk sejarah baru yang bermula hari ini. Bermulalah episod segala-galanya. ^_^
Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 28, 2010 Melayan-layan....

MUSE - RESISTANCE(album: UPRISING 2009)



Is our secret safe tonight
And are we out of sight
Or will our world come tumbling down?
Will they find our hiding place
Is this our last embrace
Or will the walls start caving in?

(It could be wrong, could be wrong) But it should have been right
(It could be wrong, could be wrong) To let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong) Are we digging a hole?
(It could be wrong, could be wrong) This is out of control

(It could be wrong, could be wrong) It can never last
(It could be wrong, could be wrong) Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong) But it could have been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resistance
They'll keep us apart and they won't to stop breaking us down
Hold me
Our lips must always be sealed

If we live a life in fear
I'll wait a thousand years
Just to see you smile again

Kill your prayers for love and peace
You'll wake the thought police
We can't hide the truth inside

(It could be wrong, could be wrong) But it should have been right
(It could be wrong, could be wrong) To let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong) Are we digging a hole?

(It could be wrong, could be wrong) This is out of control
(It could be wrong, could be wrong) It can never last
(It could be wrong, could be wrong) Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong) But it could have been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resistance
They'll keep us apart and they won't to stop breaking us down
Hold me
Our lips must always be sealed

The night has reached its end
We can't pretend
We must run
We must run
It's time to run
Take us away from here
Protect us from further harm
Resistance....

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 27, 2010 Surat Rayuan Tidak Di Bar

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Kepujian (XXXXXX)

2009XXXXXX

UiTM Perlis

Kepada,

XXXXXXXXXXX

Pensyarah XXXXXXXX

UiTM Perlis. 23 SEPTEMBER 2010

Tuan,

Penjelasan Tentang Tidak Hadir ke Kelas dan Mengapa Saya tidak perlu di BAR.

Merujuk perkara di atas, saya ingin memberi penjelasan tentang ketidak hadiran saya di kelas pada 4 hari secara berturut-turut iaitu pada tarikh 27.8, 30.8, 2.9 dan 23.9. Saya hanya mempunyai MC pada tarikh 23.9. pada tarikh-tarikh lain saya tidak dapat hadir ke kelas tuan disebabkan bangun lewat, masalah ketiadaan air dan masalah pengangkutan. Saya juga mengaku ketidak hadiran saya ke kelas encik dipengaruhi masalah disiplin saya sendiri dan saya memohon maaf atas tindakan saya itu.

2. Saya berharap pihak tuan tidak BAR saya daripada mengambil peperiksaan akhir bagi subjek tuan. Ini disebabkan saya ingin menghabiskan pelan pengajian saya dalam tempoh yang ditetapkan. Saya mengaku kesalahan dari saya kerana tidak hadir ke kelas tuan. Saya berjanji akan hadir ke kelas tuan sehingga akhir semester. Saya juga sanggup menerima apa juga tindakan daripada pihak tuan selain daripada di BAR dari peperiksaan. Saya tidak mahu menangguhkan pembelajaran saya kerana masalah ini. Dan yang paling penting saya tidak mahu menghampkan harapan kedua orang tua saya. Kos pembelajaran saya juga akan meningkat jika saya extend satu semester untuk mengambil subjek ini kembali. Saya juga khuatir tidak dapat menumpukan perhatian jika extend pada semester hadapan. Ini disebabkan rakan-rakan lain telah menamatkan pembelajaran sedangkan saya tidak.

3. Saya harap pihak tuan mempertimbangkan rayuan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengambil peperiksaan akhir. Pertimbangan tuan amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.


Yang benar,


------------------------------------------

XXXXXXXXXXXXXX

2009XXXXXX

BBA(Hons) XXXXXXX


Hahahahaha....ni surat rayuan yang aku rembat dr pendrive budak umah aku. Ayat penuh keinsafan. Ikhlas mengaku kesalahan. Hahahahaha....kalau aku lecturer dia ni aku gelak dulu pastu sumpah aku xbar dia. Hahahaha.......

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 26, 2010 Wasiat

Wasiat ini aku karangkan adalah kerana aku dah lama xbuat karangan. Ini adalah kerana aku khuatir yang aku berdepan dengan kesukaran untuk menghadapi assignment yg berbakul-bakul jumlahnya. Disini juga aku mahu memberitahu wasiat aku jika apa-apa yang terjadi kepada aku ketika membuat assignment yang berbakul-bakul tu.

1) BHF 2340 aku atau lebih dikenali sebagai Ducati 46 kaler biru purple bercapkan Nitro 120 kuasa lembu tu aku turunkan kepada housemate aku budak sport rec Halim dan Pakkus untuk ke kelas. Kerana aku kesian tengok korg pegi kelas naik basikal tiap2 hari. Motor itu juga untuk mengembalikan semangat korg untuk ke kelas supaya tidak di bar lecturer korg.

2) Notebook Acer yg berProcessorkan 2.13 GHz, berRamkan 2Gb, berHardDiskan 160Gb yang menjadi peneman di kala waktu sangap, mereng, sutun, senteng, yontol, senget, perasaan lobak merah dan sebagainya (Laici, 2010) ini aku turunkan kepada Lan kaki rayau di taman umah aku iaitu Taman Seri Wang nih. Ini adalah kerana supaya beri komitmen kepada beliau untuk menceburi bidang2 hartanah melalui internet. Ini untuk memastikan sebuah kompleks beli-belah dapat dibuka di Taman Seri Wang pada satu masa nanti.

3) Broadband Celcom bermodem kan modem CSL dengan kelajuan 3.6 Mbps (aku maen bantai jek) aku turunkan housemate dan satu kos yang juga mirip JB (Justin Bieber) iaitu Rayme. Jangan marah naa Rayme nnt kena jual. Jangan lupa bayar bil bulanan RM68 tau.

4) Handphone canggih aku Sony Ericsson z530i ni yang cukup canggih tanpa 3g juga mempunyai ciri canggih yang lain seperti kamera VGA, kepala flip handphone yang dh longgar, airbrush cover (calar-balar) kepada superhero terkenal iaitu superlaici. Aku tengok ko macam xcukup handphone jek nk melayan si Panda tu. Dengan sume jenis line ko nak sauk. Celcom 3+1 plan, celcom Upac, Hotlink Maxis lg. Lepas ni dapat phone aku beli Digi plak tau.

5) Tidak lupa juga kepada Pian Mahlup. Ko amek la sume baju aku tuh. Jadikan ini sebagai batu loncatan supaya satu hari nanti ko boleh pakai baju aku. Aku tau ko boleh. Dan kepada Bert Eskeleto, ko amek la external Harddisk 120Gb aku tuh.

Barangkali ketika anda membaca wasiat ni, aku sudah tiada lagi disini. Kemungkinan besar aku dah offline untuk menyambung membuat assignment aku yang berbakul-bakul tu. Ini bakal memudaratkan aku. Hahahaha....Tapi aku rasa aku mampu menyiapkan nya dengan tanpa setitis darah pun yang akan menyentuh Bumi. Bermakna wasiat ini akan ditarik balik. Wahahahhahaha.....

P/S: Wasiat ini hanyalah sekadar bahan guraun dan bukanlah btol2. Kalau korg sauk sume bende nih..abeh aku nk gune ape??


Yang Diperakui,

Koje Soulfly


Bibliography:

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 14, 2010 Selingan

Selingan Manja Dinihari.........

(I wanna be a billionaire...so fucking bad...buy all of the things i never had~~~~~) Ringtone telefon tangan Rostam berbunyi2 minta diangkat. Tertera jelas nama Pak Rahman a.k.a suami kepada Mak Gayah. Mak Gayah adalah emak kepada adik kepada Si Rostam iaitu Somtam. So, dah tentu2 lah Pak Rahman tu bapak kepada si Rostam. Tapi itu tidak diendahkan langsung oleh si Rostam lalu terus diangkat tanpa mengetahui siapa pemanggil tersebut.

Rostam: Helo2 kopi kamelo, nk minom teh o ais ke nk minom milo...malam ni race nk main brape kilo????

Pak Rahman: Kalau boleh malam ni kita main timbang beras 3 kilo lah. Kepala hangguk kau!!!!! Ekau ni poie mano xbalik2 ni haa?? Asik merayap jek dgn moto EX5 aku tu. Kojo umah xnk buek. Apo nak jadi dgn ekau ni Tam?

Rostam: What the?? Apo ni bapak??? Tam angkat tipon jo bapak sorang Tam mcm Tam peragut bersiri jo. Bapak ni tipon mesti ado apo nk suroh Tam poie boli??

Pak Rahman: Haa....kojap lg ekau balik jgn lupo poie boli starter.

TAPPPP!! Gagang telefon rumah Pak Rahman diletak kasar tanda protes terhadap anak kepada Mak Gayah yang merangkap isteri beliau. 56 minit kemudian si Rostam balik dengan membawa starter dengan harapan kepulangan beliau disambut alunan kompang oleh bapa beliau kerana telah menyempurnakan tugasan yang diberi 56 minit sebelum itu. Tapi hampa kerana bapa beliau terbongkang tidur di depan tv dgn tertera jelas E Channel. Rostam menggelengkan kepala beliau kerana suami Mak Gayah ni memang up-to-date tentang artis2 Hollywood ni. Jika ditanya siapa suami Beyonce. Dengan pantas beliau menjawab Jay-Z. Rostam mengejutkan bapanya yg sedang tidur itu.

Rostam: Bapak...oo...bapak. Bangun. Ni Tam dh boli starter yang bapak suroh boli td.

Pak Rahman: Haaa....ekau lotak dulu dalam freezer. Bagi sejuk sket. Kojap lagi omak ekau nk buek sup. (jwb dlm keadaan mamai)

Terkejut Si Rostam dengan jawapan bapa nya. Apa kejadahnya starter ni nak buat sup plak??? Dikejutnya lagi Rostam akan bapanya itu. Kali ini Rostam tidak berlembut lagi untuk mengejut bapanya. Dibisikkan ke telinga bapanya yang Jessica Alba berada didepan pintu rumah. Terkejut mengalahkan beruk bapanya sampai kainnya terlucut menampakkan benda yang tidak sepatutnya dilihat oleh Rostam. Berpaling seketika dan tergelak kecil Rostam menahan gelak melihat telatah orang tuanya itu.

Pak Rahman: Kuang ajo punyo anak. Mcm tu ekau kejut bapak ekau. Ha..mano starter yg aku suroh ekau boli td??

Rostam: Ni ha. Tapi apo kojadahnya bapak boli starter ni. Motor kek umah ni ado sebijik jo. Itupn xde starter. Guno kick start jo. Ni boli utk motor sapo ni?

Pak Rahman: Astghafirullahal'azim. Apo kono la ngn anak aku nih?? Aku suroh ekau poie boli starter lampu. Yang ekau boli starter motor ni sapo suruh??? Xkn ekau nk lekat motor EX5 aku tuh kt atas siling ni haa???

P/S: Ini salah Pak Rahman ke salah si Rostam. Ni input xsampai, bile xsampai xmau tanya pulak. Jadi mcm ni lah. Malu bertanya direction nak ke Petaling Street sesat sampai ke Petaling Jaya lah jawabnya nanti.

Digg it StumbleUpon del.icio.us

September 7, 2010 Beza Raya Dulu Dan Sekarang

Fuhhhh.......hari raya dah semakin hampir. Adik, abang, kakak, mak, ayah, mak nyah, tok imam dan tok mudim dah xsabar nak raya tu. Tambah2 pula Mak Eton sebelah umah ni, sebelom puasa lagi dh countdown bila nk raya. Mak Eton, Mak Eton.....ish3(sambil menggelengkan kepala lutut). Mana x nye. Dia dh siap list berapa helai baju raya, list kuih raya, list kereta raya dan juga list washing machine raya. Suami Mak Eton tu mesti pening kepala memikirkan. Haaa....kita lupakan lah seketika kisah Mak Eton itu. Kisah Mak Eton tersebut ditaja khas oleh penyepak cap kaki cikgu Rahman di reka khas oleh aku sendiri. (Huh...hampeh).

Perghh...Intro bukan main panjang. Cerita tentang post ni blom start lagi. (Huh....lagi hampeh). Ok2.....kita start cite skrg ek??? bb jgn la majok.

Boleh dikatakan sebenarnya, makin diri kita ni besar, value hari raya tu makin kurang. So untuk senang utk korg semua fahami kisah2 ini dan senang marking dilakukan oleh pemeriksa, aku telah pointform kan serba sedikit perbezaan raya dulu dan sekarang ni.

1) Ni berkenaan malam2 sepanjang Ramadhan. Iaitu berkenaan solat Tarawikh. Masa kecik dulu, seronok gila kalau pegi sembahyang tarawikh. Nama jek pegi sembahyang tarawikh, tp bleh main kejar2 kt dalam surau dan kt luar. Main nyorok2. Pastu kena marah dgn pakcik misai tebal. Duduk la kejap jd baik. Bila pakcik misai tebal dan sambung sembahyang balik, kami pun sambung kejar2 balik la. Bila sembahyang dah abis nk sambung ke rakaat seterusnya, duduk balik, buat2 baik. Apalagi, pakcik misai tebal berbulu lah xde bukti nk marah sebab bdk2 ni duduk diam jek pulak. Kehkehkehkehkeh. Tapi bila dah besar ni, bila pegi sembahyang tarawikh. Mesti kena sembahyang. Xkan nk main kejar2 plak. Ape kejadahnya badan dah besar macam tong dram main kejar2 dlm surau. Mau tok Imam yg mengimamkan Tarawikh tu bukak jurus Kura-kura yang ke-13.5 nnt. Tp yang dh besar panjang ni yg malas nk sembahyang pegi la melepak kt tempat lain. Maple seberang jalan sana ke, Lepak padang tengah ke. Tu yang malas teruk. Yang xseberapa malas ni kalau org tanya "nk g semayang tawarikh ke?"....mmg btol dia pegi sembahyang tarawikh jek, sembahyang witir dia dah blk. Xpn lepak blakang tggu moreh. Hahahha...mcm2 la. So,

2) Perkara yang ke-2 berkenaan dgn duit raya. Kalau dulu masa kecik mmg best dan super duper excited nak raya. Sebab nya nk collect duit raya sebanyak mungkin. Nanti masa kat sekolah bleh tanya kt kengkawan duit raya sapa paling banyak. Kawan ni dpt RM 155.34, kawan ni dapat RM 235.30, kawan yang ni pulak RM 888.88. Kalau yang dpt duit sen2 tu sebab g beraya kt umah orang yg kita xkenal la. Dulu boleh la tadah muka g beraya kt umah orang yg kita xkenal. Sbb dulu kecik lagi. Cube sekarang korg try. Huh. Jgn harap. Buat malu muka sniri jek. Hahahhaa. Bila dah besar cmni dan bila dan kerja nanti. Xkn nk mengharap dapat duit raya lg kuwt. Mesti la kita yg kena bg. Kopak2.....kahkahkahka

3) Perkara yg terakhir sebab aku malas nk kupas2 banyak tentang isu ni and xde idea sgt iaitu berkenaan bila balik kampung. Dulu, memang best kalau balik kampung. Berkumpul sedare mare. Maen mercun, meriam tanah, bunga api, bakar pelita, padamkan pelita umah org sebelah, balik mercun kt ayam die. Pendek kata macam2 la tp panjang xkate ape2 plak. Nak tido mane2 pn bleh. Nk menyelit bawah ketiak mak boleh. Banyak la ruang lagi nk tdo kt kampung tu. Tapi sekarang. Bila keluarga dah bertambah dan beranak pinak. Nak tdo pn xbleh. Sebab xtau nk tdo mana. Anak paklang tu bleh sampai tido bawah meja lg. Limited spaces. Maknenye, nk tido kena masa bukan org tido. Time2 tengahari dan petang. Nk wat cmne? tu jek solution yg ade. Pastu nnt kena marah. "Ko ni tdo tyme org dtg". Yela kn, xkn nk ajak tetamu tido sekali plak.

Tu jek la yang boleh aku kupaskan tentang beza raya dulu dan sekarang, beza raya mase kecik dan besar. Enjoy!!! n SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Digg it StumbleUpon del.icio.us

August 21, 2010 Skill Dan Cara Gelecekan Di Bulan Puasa

Kepada suma blogger dan bukan blogger yg beragama Islam, aku ucapkan selamat menyambut kehadiran bulan Ramdhan Al-Mubarak. Bukan sekadar sambut n dok tido sbb cuti ke ape. Tp mestila kena puasa ye? Post kali ini hendak aku ceritakan tentant hasil kajian tentang skil2 yg digunakan oleh hamba2 Allah yg ponteng puasa. Kajian aku ini telah menelan belanja yg sangat tinggi. Ini kerana pertemuan dan interview terhadap yg pakar menelan kos yg sgt tinggi. Aku juga telah mengedarkan 320 questionnaire kepada penduduk Malaysia untuk memastikan segala persoalan aku terhadap skil2 untuk tidak berpuasa ini benar belaka.

Salah seorang pakar yg aku temui di selatan tanah air telah mengungkapkan 3 skil plg feveret untuk kaki ponteng puasa ini dan antara skil2 terhebat pernah dilakukan tanpa kantoi. Astghafirullah.....ape nk jadi la dgn golongan tersebut.....



1) Skil yg pertama ini agk sukar dilakukan oleh orang biasa tambah2 kepada mereka yg digelar melayu tulen. Caranya ialah dengan membuat muka ala-ala penyanyi Super Junior atau pelakon Full House. Dalam bahasa Uganda nya buat muka Korea pegi beli nasi dan benda2 sepatutnya pada waktu tengahari. Konpem xkantoi. Tp klu muka anda muka melayu tulen....so.....jgn harapla nk lepas.

2) Skil yg kedua ini selalu digunakan oleh kaum lelaki. Iaitu mengambil advantage terhadap kaum wanita yg mungkin datang bulan dan tidak boleh berpuasa dengan menyuruh mereka membeli makanan dan minuman untuk mereka. Tp cara yg paling mantap sekali ialah dengan menyumbat helmet steng dalam baju kaum wanita tersebut. Kononnya nampak la pregnant dan khuatir akan kandungannya. Ish...ish...ish......

3) Skil yg ketiga adalah skil yg paling simple antara semua2 skill diatas. Iaitu dh prepare stok2 dalam gudang2 sulit seperti megi, air kotak, beras 10kg, kuali, sudip. Agk2 tyme makan bleh r masak. Teruk bebenor perangai cm gini.....

Berikut adalah hasil kajian aku untuk dijadikan renungan anda sume. Memang orang laen xnmpk or xtau anda ponteng puasa. Tp Tuhan Yang Maha Esa tau mengenainya. So, post kali ini untuk memberi kesedaran bahawa dosa2 yg ditampung anda yg tidak berpuasa. Sy memohon maaf kepada sesiapa yg tersinggung dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Selamat Berpuasa.........
Digg it StumbleUpon del.icio.us

May 31, 2010 MEI 2010: Perlis Dilanda "Puting Beliung"

Bulan Mei 2010, adalah antara bulan yg akan diingati oleh penduduk negeri yg sebesar semut didalam peta Malaysia berskala 10km=1mm. Ini kerana berlakunya peristiwa-peristiwa yg pasti menitiskan air mate bg segelintir penduduk Perlis dan mereka-mereka yg sewaktu dgnnya. Puting beliung yg dipahat di tajuk post ini bukanlah utk menunjukkan berlakunya puting dan beliung.

Merujuk kepada perenggan yg pertama, ayat yg pertama (hahhahahahha), mengapa bulan Mei 201o akan menjadi bulan yg diingati?? Sbb bulan Mei ialah bukan bulan Jun atau Julai atau Februari atau bulan-bulan yg laen. Bulan Mei adalah bulan Mei (wakakakkakakak). Gelak lebeh la writter blog ni....bende xklako pn....Ok2 serius balik.

Sekali ingin dipertengahkan tentang tajuk utk post ni sbb kerap kali aku lari tajuk ni. Puting beliung yg dimaksudkan disini ialah atau dengan bahasa kupasan yg lebih halus utk aku perterangkan kepada reader ialah mulai bulan Mei 2010 ini juga, hidup di Perlis terutama skali di ARAUstralia dan K City (Kangar la) adalah lebih baek dan penuh bermakna. Boleh juga diibaratkan yg kehidupan sejak bulan Mei ini lebih berwarna-warni (kalerful).

Aku sebagai writter ni penat la nk tggu bile r aku nk tulis ape bende yg jadi. (Fuhhhhhhhhh) Ok2. Aku cite skrg la.

1) Wujudnya pasaraya dan antara struktur batu yg terbesar di Arau. Iaitu Kompleks Arau Pasaraya CMart.


Wlupn CMart dibuka pada hujung April 2010, tetapi tempias CMart lebih dirasai pada bulan berikutnya iaitu Mei 2010 kerana bulan Mei 2010 menjadi bulan pertama CMart beroperasi penuh sebulan. (itu jek point aku tp nk cite ttg bulan Mei ngn CMart pnye psl)

2) Perkara yg kedua atau sebenarnya puting beliung yg pertama utk Perlis pada bulan Mei 2010 iaitu konsert artis yg cukup terkenal di Perlis mahupun juga diluar Perlis iaitu konsert BUNKFACE di Timah Tasoh Lake Resort (ondaway nk ke Padang Besar).

Konsert ni diadakan pd 10/5/2010. Best gile kuwt. Ramai gile org pegi. Tp aku xpegi pn. Sbb aku dah ada kt KL dh pn time tu. (wahahahhahahah). Tiket pada mulanya around RM 50-RM70 cmtu la. Tp dgr cite harge turun mendadak ke RM10 kerana mungkin ada sebab-sebabnye disitu.

3) Ini lebih kurang seperti upacara penutup bulan Mei 2010 yg penuh indah bagi penduduk Perlis iaitu JOM HEBOH!!!! yg diadakan di Stadium Utama Kangar pada 29, 30 Mei 2010. Best jugak ni. Ramai gile org. Ramai gak artis yg aku xsempat jumpe. (Hahahaa...yg aku aku pergi tp tyme JOM HEBOH dh nk tutup tirai)




4) Tp bukan itu sahaje puting beliung yg melanda Perlis. Tp ini lagi best. (Wahahahhah) Iaitu SELANGOR menang lawan Perlis 2-0. Hasil jaringan Amirul Hadi dan Rudie Ramli. Wlupn ini berlaku di Stadium Shah Alam dan bukan di Perlis, ia stil relate dgn tajuk iaitu Perlis dilanda puting beliung.


Digg it StumbleUpon del.icio.us

April 17, 2010 Anda KAKI Ape??



Hari ni mood berblogging suda sampai. Post pada hari ini adalah berkaitan dgn kaki. Kaki? Hmmm.....nk cite ape psl kaki? Apa ada pada kaki? Kt kaki ada kuku, ada bulu, ada taik ayam....Lagi mau tanya ka?? Tgk kaki sniri la ada apa?? Tp bukan ciri fizikal or atau yg nmpk dek mata ttg kaki yg hendak aku ceritakan pada hari ini. Hari ini hendak aku bongkarkan rahsia kaki-kaki ini tidak kira ke arah positif atau negatif. Setelah menjalankan siasatan, aku telah memutuskan byk sgt jenis kaki ni. Wlupn di mata kasar, seseorang tu mempunyai 1 pasang kaki = dua kaki tetapi disebalik bulu-bulu kaki mereka itu terdapat lebih byk kaki yg terselindung. Jadi, ini yg cube aku bongkar kn dan juge atas research aku ni, byk jenis kaki yg telah aku jumpai.



Kaki Ayam
APA YG KITA TAU
Apa yang kita faham dan tau tentang kaki ayam ni ialah orang yang xpakai kasut atau selipar ketika berjalan.

APA YG KITA XTAU
Dari segi istilah kaki ayam yg kita xtau pulak ialah jenis orang yg kaki sambar "ayam-ayam" hidup. Bila nampak jek ayam yg hidup ni, mule lah si kaki ayam die pn nk jd ayam jugak. Siap tumbuh taji lagi. Tapi taji si kaki ayam ni xtumbuh kt kaki, tumbuh kt kepale. Tumbuh 2 plak atas kepala. Haaaa....ini yg spesies xleh tgk "ayam-ayam" hidup yg berkeliaran kt tepi-tepi kedai yg tertera di muka mereka " Plz buy my body". Mesti diorg nk sambor "ayam-ayam"ni. "Ayam-ayam" tersebut bagi mereka, rugi klu dh lalu sini tp xpegi "ratah" ayam ni. Ibarat xbaek menolak rezeki dpn mate. Ish2....ape nk jadi la dgn spesies kaki ayam hidup ni.

Kaki Pancing
APA YG KITA TAU
Untuk kaki pancing ni, hobi mereka adalah memancing tidak kira ikan atau udang tidak kira di sungai, laut, atau tasik dengan menggunakan joran. Umpan yang digunakan adalah seperti cacing kerawit...eh...cacing tanah, roti ke, sotong ke and so on.

APA YG KITA XTAU
Bagi kaki pancing dlm jenis ni pula turut mengakui ini adalah hobi mereka. Tp si kaki pancing ini memancing tanpa menggunakan joran utk memancing. Waahhhh, hebat. They all so gifted and talented la. Umpan si pemancing ini dgn berasaskan muka yg lawa atau handsome sje. Umpan ini digunakan utk memancing jantina bertentangan atas kepentingan diri mereka sendiri. So, boleh la mereka memancing untuk mengikis kekayaan org yg termakan umpan mereka tuh.

Kaki Busuk
APA YG KITA TAU
Dh terang2 tertulis kaki busuk. Means, kaki ko ni busuk la. Kaki ko ni tahi anjing ke ape? Busuk nk mampos. Itulah maksud kaki busuk. Hahahahah......

APA YG KITA XTAU
Yang kita xtau pulak ttg kaki busuk ni. Org yg suka tikam belakang iaitu amek pisau tikam belakang atau utk di explen dgn lebey detail lg, org yg mcm ni sentiasa mencemburui dgn apa yg kita ada n apa yg kita dapat. Mula lah dia xsenang duduk n pikirkan cara mcm mana nk jatuhkan kita. Ssh la dgn org kaki busuk ni. Xreti bersaing secare sihat. Kita ni dlm era globalisasi. Bersaing la secare sihat sket.

Itu jek la jenis2 kaki yg setakat ni mampu aku kupaskan. Sbnrnye banyak lagi jenis kaki yg tidak aku kupaskan disini seperti kaki bola, kaki clubbing, kaki penyepak, kaki ragut, kaki ku dibibir mu dan mcm2 lagi la. Ini disebabkan otak aku dh kering utk memberi idea tambahan pula masa juga mencemburui saya. Hahahaha.....TTFN

Digg it StumbleUpon del.icio.us

April 13, 2010 R.I.P Jimmy "The Rev" Sullivan


Post ini hanyalah utk mengisi ruang kosong blog aku yg lame gak la aku xupdate. Wlupn xlame sgt. Post ini berkisah kan tentang kematian drummer band feveret aku Avenged Sevenfold(A7X), The Rev. Wlupn dh lame die mati iaitu pada 28 Dec 2009 lepas, tp kehilangan beliau amat dirasai oleh peminat A7X. A7X ni jugak la pencetus minat aku utk mendalami musix metal. Kerana irama dan lagu yg mcm kene dgn jiwa aku. So tu jekla yg aku nk kongsi kan disini.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Gaya Seorang Pemain Dan Cara2 Utk Bermain Bowling Dgn Btol



Pada tahun gajah yg lepas di Jitra Mall, Kedah, dunia digegarkan dgn kehadiran seorang pemain bowling yg tidak ternama tp berjaya menarik perhatian seluruh wartawan di seluruh pelosok dunia dgn kehandalan beliau dlm bermain bowling. Nama beliau adalah Firdaus Zulkifli(bile aku tukar name bapak aku nih) iaitu Shalin Zulkifli pnye ayah pnye isteri pnye anak means adik beradik dia la.




Gaya beliau mmg sungguh pro abes. Dengan berberatkan diri seberat 48.5kg(ringan gile), beliau telah meggunekan bola bowling yg seberat beratnye utk bermain. Step yg diambil juge cukup kemas. Dengan dimulai dgn Bismillah, beliau pn menggolekkan bola bowling tersebut(gile ke pe?cmtu ke maen bowling). Huahuahuahua.....jumlah jatuhan pin sgt tidak terkira banyaknye. Sbb scoreboard tidak mampu menampung jumlah jatuhan pin yg begitu byknye. Sekali golek, sume pin jatuh dgn lane2 sebelah pnye pin pn jatuh skali. Itu baru golek klu die baling ke ape ke? mau gak Jitra Mall tu runtuh.





Digg it StumbleUpon del.icio.us

March 9, 2010 Saya Berase Begitu "HAWT" La

Fuh....ingin aku ceritakan kpd korg sume bahawasanya ARAUstrali ni begitu panas utk diduduki. Hanya mereka yg kuat iman dan pegangan sahaja yg mungkin dapat menempuh segala kepanasan di sini. Kepanasan pada waktu tengahari di sini punyalah panas sampai boleh membuatkn manusia spt Paris Hilton jd Serena Williams.

Aku pn semakin khuatir sbb kulit ku yg putih gebu dahulu semakin menggelapkan diri utk menjadi spt Serena Williams. Akibat kekhuatiran aku ni la aku pegi jumpe doktor utk memastikan warna kulit aku ni tidak bertukar warna semudah kertas litmus biru bertukar merah akibat drpd sentuhan dgn bende asid.

Tp sayang nye doktor tu ckp '"u will never get back ur old skin color". Aduh bertape kecewe nya aku. Smpi begitu skali tahap kepanasan di ARAUstrali ni. Duk dlm umah pn boleh tahan panasnya. Peluh bergelen2 keluar akibat drpd bahang kepanasan itu td.

Siap boleh terbakar lemak la. Itu pasal la aku semakin kurus. Dulu badan aku boleh la dikatakan mcm Pak Sazali Samad, Jaguh Bina Badan Negara tu. Tp skrg mcm Jaguh Bina Tulang jek aku tgk. So, xpyh r nk pegi jogging lg kt luar or bersukan utk mengeluarkan peluh. Duk umah pn boleh banjir peluh ni keluar.

Kepada mereka yg pernah melihat kulit putih gebu aku beserta badan Sazali Samad tu, lupekan lah nk tgk aku lg. Skrg ni aku sudah berubah 150%. Semakin kurus dan juga semakin gelap. Semuanya akibat daripada kepanasan yg semakin panas akibat perbuatan manusia itu sendiri. Tp iman ttp disemat di hati, utk menempuh saki baki kehidupan aku di ARAUstralia ini.



Digg it StumbleUpon del.icio.us

March 7, 2010 "Messi" Wannabe....me???


Post utk kali ini hendak aku kisahkan kpd korg sume yg kisah wlupn ade juge yg akn ckp "kisah pulak aku" ttg player idola aku......huahuahuahua.....The Greater Power of Superb Dribbler iaitu Lionel Messi. Cita2 aku utk bermain spt beliau tp ssh beb jauh kuwt beza aku ngn die tp istilah org kite xtau r btol ke tidak ni....ntah2 aku yg ckp sniri kuwt bahawasenye ape salahnye klu kite mencube.....kn?

Ability messi mmg superb beb, off the ball die mmg tip top mcm enjin kete ferrari. Klu die lari dgn bola mmg ssh la ko nk dpt kn bola drpd kaki die. Bola ngn kaki die mcm ade gam beb melekat memanjang. Mmg superb la......gua respect la kt lu messi.....itu yg cube aku terapkan dlm permainan aku tp mmg sukar skali utk bermain spt beliau. Tp xpe, aku akn motivate kn diri aku utk menjadikan Messi idola aku dlm permainan bola sepak ini. Wlupn sukar, akn ku daki gunung everest, merenangi lautan pasifik, berjalan kaki merentasi gurun sahara dan juga spt mkn nasi goreng cili api. Akhir berkata kepada pembacanye...eh???....name aku akhir ke firdaus ni....slh da...akhir kate.....baru btol.....akhir kate Majulah Diri Sendiri Utk Kehadapan.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

February 27, 2010 "Betapa Sepinya Hidup Seorang-seorang"

Tanggal 26 Februari 2010, dimana aku telah ditinggalkan terkapai-kapai keseorangan tanpa "geng upin ipin" ku iaitu LAICI, PIAN, dan JONO. Bermulanya cerita dimana Pian orang yg pertama meninggalkan "Akademi Fantasia" di ARAUstralia ini dengan mengusung begnya wlupn begnya tiada roda setelah beliau ahli geng yg pertama menyingkirkan dirinya sendiri(berkumandang background music "PERCAYA PADA DIRI DENGAN HARAPAN DAN KEYAKINAN") untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat beliau kut....aku pn xbrpe nk sure psl tu...tp ye kut...entahlah...

Geng yg kedua juga turut menyingkirkan diri nya sendiri xlaen dan xbukan...mane satu ni???mmg bukan yg laen ke bukan ni???ahh....persetankan dgn sume itu....xlaen dan xbukan....SUPERLAICI....die kene join program marketing MADEP kt HARVARD....haaaaa!!!!!!.....HARVARD???overseas???USA???No way man.....Harvard yg dimaksudkan kt Gurun, Kedah jek......hahhahahhaha....... tp cara penyingkiran beliau sbnrnye amat tragis iaitu spt dialog di bawah:

Aku tgh tido time tu........

LAICI: Je, aku pinjam baju kemeja hitam ko yg ni eh??

AKU: (Sambil menutup mata tp bukak sket sbnrnye) Haaaa.....amek r......

Situasi yg sbnrnye kn...laici dh pki baju tu baru die mintak.....hhahahhaa.....baek die amek letak dlm beg senyap2 tanpe pengetahuan aku pastu smpi kt destinasi baru msg nk pnjam baju aku....baru betol.

Geng ketiga yg turut sama menyingkirkan diri beliau sniri adelah JONO. Yg best nye si jono ni siap ajak aku skali untuk menyingkirkan diri mungkin sbb die kesian aku tggl sorg kuwt tanpe "GENG UPIN IPIN" kut....hahhahhaa.....Jalan cerita nye aku tggl sorg la gamaknye.....

TAPI!!!!!tapi aku berjaye juge mencari option utk aku tidak rse keseorangan dan kesepian....iaitu dinner kt Mai Cafe bersame jiran2.....hahhahahah.....dan bukan dinner shj malahan juge berKARAOKE selame 2jam lamenye.....huhuhuhu.....time kasih kepada NAD, SHUA, QUE dan EKIN kerana sudi mengisi kesepian hidup ku pada ketika aku keseorangan tanpa Laici, Pian dan Jono........

TAPI!!!!!tapi lg....bukannye diorg teman aku smpi bile2 pn.....at last aku tido, lepak n men games sorg jek kuwt.....hahahhaha......so KESEPIAN ITU IBARAT BULLET TRAIN YG LALU DAN MELANGGAR KOTAK JIWA YG KOSONG INI......momentum die pegi jauh bai.....lastly aku nk chorus lagu Jamal Abdillah "Sepi Seorang Perindu" yg digubah khas oleh pengubah dan penjahanam yg berbakat iaitu aku sniri......kerana hanya laptop ngn broadband aku yg setia menemani aku....terimalah

Betapa sepinya hidup seorang-seorang,
Dilanggar oleh oh
Bullet Train
Rindu hatiku tak jemu padamu
lappy n broadband
Selagi kau masih ku boleh
On9

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku
tetap menggunakanmu
Selagi
hidup belum berakhir
Selagi itu ku menggunakanmu lappy n broadband


Masey.....
Digg it StumbleUpon del.icio.us

February 16, 2010 Segamat oh Segamat


Kisah hari ini mengisahkan ttg kenangan bersama sahabat2 baek aku di Segamat dulu waktu zaman diploma kami. Ape yg aku nk bgtau kt cni bahawasenye, Segamat bukanlah tempat yg best sgt sbnrnye. Tp ape yg membuatkan Segamat best sbb mempunyai ramai kwn yg sehati berdansa dgn aku. Makdud aku tu satu kepale la, bukan kembar siam kongsi kepale, same tabiat, same fahaman dan same lah. Takde la sume same, ssh la cmtu klu sume same.

Mase zaman duk kolej dr part 1-4 aku rse mse part 4 plg best sbb byk bende yg jd...hahahaha, besfren aku mase tu ialah Mala, Cidi dan Jibam. Lepak dlm bilik SR139 memekak jek keje. Kenangan bersame mereka menolak kereta jibam drpd bandar Segamat smpi IOI. Jauh siot. Hari tu kitorg outing men snuker ngn karaoke smpi xingt dunie. Pastu xsempat nk msk UiTM sbb dh pukul 10. So terpakse menagih simpati pegi umah bdk2 NRIOI(rambo,sato,tegak[PERMANENT])(bunny,ibah,boo[illegal NRIOI]) kt IOI. Kete jibam tyme tu prob sbb bru lps eksiden, jd menolak la kete smpi ke IOI. Hahahahahahahahah......

Dari kiri(belakang): Aku,Mala
Dari kiri(depan): Cidi, Jibam
Malam sebelum kejadian menolak kete.

Mase part 4 juga ade event SR OPEN, dimana aku,Cidi,Mala,Jibam serta junior kesayangan Sesy,Muki dan Cuki bergabung tenaga mewakili wing 1C utk berniaga di sana. Di gerai kami ada burger, sweet corn SONA(name diberkan sbb owner gile prison break), dan juga banana split. Hahahaha....best jugak dpt merase meniage wlupn bisnes kami tidak menguntungkan. Hahahahahah........

Dari kiri: Cidi,Mala,Muki,Sesy,Cuki,Aku,Jibam

Mase aku part 5 & 6, kene duduk luar atas sebab kolej telah pecah kerana tidak dapat menampung pertambahan pelajar. Malang sungguh nasib kami kerana kami telah tersingkir daripada menyertai Masyarakat Kolej Sempana Riau. Aku duduk di bandar Segamat pada mula rancangan nye duduk bersame cosmate aku iaitu Kadi, Batai, Sato, Santo, Sibye, Buloh dan aku. Tp ats masalah teknikal Sato terpakse mengucapkan 'bye' kepada kami kerana beliau mmg tidak dpt menyertai kami atas alasan yg kukuh di'approved' oleh UiTM dan juga Buloh hanya duduk tidak smpi sebulan atas dasar kemahuan org tua nye. Jadi ahli rumah smpi kami grade mse part 6 adalah aku, Kadi, Batai, Santo dan Sibye.

Dari kiri(atas): Kadi, Batai, Sato, Santo
Dari kiri(bawah): Sibye
Tiada dalam gmbr adalah aku kerana aku yg ambil gmbr ni

Byk kenangan kami ketika di rumah sewa. Antarenye kes bilik belakang, kes washing machine, bilik penyanyi asal Buffalo Soldier, Zoo Lot10(gajah, musang tua, orang utan sabah, dan lagi satu aku xingt), Lucky Ball, rumah urut, kes b*r*t panas kadi dan mcm2 lagi....hahahahhahah......Rumah sewa kami bernombor 10 dan kami gelarkan LOT10..........

Dan akhir sekali, gmbr dibwh ini adalah besfren@cosmate aku ketika di Segamat.....rindu siot nk lepak ngn korg....nk berbual kot* ngn korg....gmbr ni ketika PGN mse part 6 kt Equatorial Melaka.

BFF

Digg it StumbleUpon del.icio.us
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 .Kisah Penglipurlara.
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint