March 28, 2011 Sistem Pengairan Semakin Meruncing.
Laman Sesawang Bersawang
October 23, 2010 Malang lagi da...
Harini aku nk tuka kata ganti diri aku kepada “gua,lu”. Supaya Nampak lebih Farid Kamil. Kenapa Farid Kamil? Sebab dia nampak bajet cool kot? Hahahaha. Berdasarkan mood baru dengan layout baru ini gua rasa eloklah gua garapkan satu karangan untuk esei gua hari ni. Tidak lupa juga kepada ms.Juliet yang bersusah payah menukarkan blog gua ni.
“Gua hutang budi dengan lu”
Ok, karangan hari ni berkisarkan malang yang menimpa gua dengan Ducati 46 gua. Ducati 46 tu motor gua la Nitro berkuasa lembu 120 cc. Asyik cite pasal malang jek.
Ok, kita mula sekaranglah.
Hari tu gua dengan budak umah sewa gua plan nak g main futsal kat Kangar. Gua ingatkan nanti nak bayar futsal tu pakai air liur, sebab dalam dompet gua satu sen haram pon xde. Tapi aku ubah fikiran untuk keluar awal untuk draw duit bersama Pak Kos, salah seorang housemate aku budak Sport Rec.
Otw nak ke Kangar, gua hentam Ducati 46 gua 120. Potong kete sane, potong kete sini. Akhirnya gua sampai jugak kat Maybank Kangar. Lepas tu g Bank Islam lak, sebab si Pak Kos lak nak cucuk duit. Sesudah itu gua dengan Pak Kos berlalu meninggalkan bank.
Gua pon meneruskan la perjalanan. Gua try ikut shortcut nak ikut signbod padang besar. Tapi sampai satu simpang tuh. Tetiba motor gua bergegar macam kena rasuk jin. Gua try masuk gear. Boleh, tapi masalahnya tetap motor xleh nak jalan. Mengaum motor gua marah. Aik!!Gear box gua rosak ke?? Ke clutch plat gua buat hal??
Gua pon benti la depan sket dari simpang tuh. Bermacam-macam lah andaian gua ngn Pak Kos pasal motor gua tuh. Gua dh ready nak guna talian hayat gua, iaitu tipon budak umah gua. Tapi gua gagal memberi koordinat tepat dimana gua berada. Boleh dikatakan gua ni sesat la. Cilake btol.
Gua try la betol kan side mirror gua. Dengan harapan moto gua bleh gerak. Tapi tetap gagal. Tetiba Pak Kos bersuara…
“Weh, rantai ko jatuh la”
Dem rantai gua putus, eh, jatuh…..perghhh selamat gua. Macam rantai basikal da.
October 20, 2010 Surat Untuk Housemates
Kehadapan housemate2 aku sekalian,
First of all, aku ingin mengucapkan selamat berjaya untuk mengharungi saki baki kehidupan korang kt umah sewa ni. Berdasarkan ranjau, rintangan, road block, jalan zig-zag dan ketika segerombolan kambing Pak Atan(Laici, 2010) yang melintas kt umah sewa kita ni.
Juga masalah lain seperti kekerapan ketiadaan air untuk berak, mandi dan mengambil sembahyang juga masalah yang paling latest sorang brader datang umah sewa kita mcm tonto along mintak menjelaskan bunga, daun, pucuk paku, ranting kepada abang sulung mereka. Sebagai amaran beliau turut menampal surat berkaler darah kat dahi aku serta bertindak memotong elektrik rumah kita ni. Haaa...takot kan?? Brader tersebut telah diarah kan oleh TNB memotong bekalan letrik kt rumah kita ni. Tapi nasib kita baik sebab ada solution sementara itu masalah lektrik ni. Menurut sumber, tuan rumah sudah diperjelaskan tentang perkara ini dan dengan lincah nya pergi menyelamatkan kita semua.
Tapi…..TAPI!!!!(nada yang semakin tegas) apa yang aku hendak tekan kan kt sini iaitu…..si lembu mana berak kt toilet xbasuh tu??? Bukan sekali, bukan dua kali, dan juga bukan tiga kali, malahan sudah berkali2 aku jumpa lebihan coklat tu dalam mangkuk tandas. Sebelum aku buat sup bg korang makan, bawak2 lah bertobat. Kalau aku dapat tangkap sape yang buat perangai tu, memang aku sula ngn mop lantai.Biar sebulan xberak. Baru korang tau. Kepada housemate laen yg xde blog dan fesbuk. Sila beri perturungkan surat ini kepada mereka yang lain. Tangan aku dah ready ngn mop lantai ni.
Consider la sket bro, tu tandas kite kongsi ramai2. Kapal Karam Laici Walia ada menyebut sewaktu PC Fair kt Arau, when you sharing, you must be caring. Sekian.
Saksi,
Koje Soulfly
October 19, 2010 Hepy Bezday....18/10/2010
October 17, 2010 dapat AWARD dowh...
October 13, 2010 Selingan II: Kisah Dewan Badminton
Satu majlis perkahwinan yang besar-besaran dan gilang-gemilang terbilang dan cemerlang telah diadakan di dewan badminton tempat orang main badminton. Pepatah Cik Joyah dipetik disini iaitu,
“Grand gitu.”
Majlis tersebut dimulakan pada pukul 12 tengahari. Makcik Peah, makcik Bedah dan tidak lupa juga kak Siti Tanjung Perak berpusu-pusu ke majlis bersama suami dan anak-anak kambing mereka. Ibu dan bapak pengantin yang awal2 dah standby kat depan pintu dewan menanti tetamu yang datang sebenarnya ada niat lain di sebalik mee sedap. Haaa…bersalaman sambil mengaut keuntungan. Diibaratkan insurans perlindungan diberikan oleh tetamu kepada ibu dan bapak pengantin dan juga sebagai tiket untuk masuk. Cam masuk gig plak.
Lebih kurang pukul 1.30 tengahari pengantin pun sampai. Mereka ini diibaratkan Penang di belah dua disatukan oleh Jejantas Pulau Pinang bertolkan RM7 sekali masuk(ni pepatah aku, aku pedulik hapa). Kompang dipalu, pengantin lalu, lalu azan Zuhur berkumandang tanda masuknya waktu azan. Pak Lebai yang menjadi tetamu itu pun menunjukkan tanda protes keatas bapak pengatin supaya bunyi alunan kompang diberhentikan tapi dihalang keras sambil menunjukkan resit oleh bapak pengantin atas alasan.
“Seratus lima puluh depa amek bai takkan nak main setengah lagu ja. Depa dok penat mendonlod lagu ni kelmarin.”
Pak Lebai atau nama gangster beliau “Bai” hanya mampu menahan kemarahan. Hampir terpacul dari mulut Pak Lebai perkataan fakof tapi iman menjadi penghalang.
Majlis persandingan, makan beradab dan silat pulut telah berlalu, pengantin lelaki dan tetamu-tetamu terpaksa membuka butang seluar akibat muatan melebihi kapasiti sepatutnya. Deejay yang diimport khas dari Kampung Dusun yang dilantik untuk menjadi deejay kenduri kawen yang penoh grand ini memulakan bicara.
“Majlis diperhebatkan lagi dengan pengantin dijemput ke tengah gelanggang untuk bermain badminton”
Wadehel?? Ini kalau Lee Chong Wei pon terkejut. Tula sape suruh wat kenduri kawen kt dewan badminton. Kan dh kena maen badminton.