Satu majlis perkahwinan yang besar-besaran dan gilang-gemilang terbilang dan cemerlang telah diadakan di dewan badminton tempat orang main badminton. Pepatah Cik Joyah dipetik disini iaitu,
“Grand gitu.”
Majlis tersebut dimulakan pada pukul 12 tengahari. Makcik Peah, makcik Bedah dan tidak lupa juga kak Siti Tanjung Perak berpusu-pusu ke majlis bersama suami dan anak-anak kambing mereka. Ibu dan bapak pengantin yang awal2 dah standby kat depan pintu dewan menanti tetamu yang datang sebenarnya ada niat lain di sebalik mee sedap. Haaa…bersalaman sambil mengaut keuntungan. Diibaratkan insurans perlindungan diberikan oleh tetamu kepada ibu dan bapak pengantin dan juga sebagai tiket untuk masuk. Cam masuk gig plak.
Lebih kurang pukul 1.30 tengahari pengantin pun sampai. Mereka ini diibaratkan Penang di belah dua disatukan oleh Jejantas Pulau Pinang bertolkan RM7 sekali masuk(ni pepatah aku, aku pedulik hapa). Kompang dipalu, pengantin lalu, lalu azan Zuhur berkumandang tanda masuknya waktu azan. Pak Lebai yang menjadi tetamu itu pun menunjukkan tanda protes keatas bapak pengatin supaya bunyi alunan kompang diberhentikan tapi dihalang keras sambil menunjukkan resit oleh bapak pengantin atas alasan.
“Seratus lima puluh depa amek bai takkan nak main setengah lagu ja. Depa dok penat mendonlod lagu ni kelmarin.”
Pak Lebai atau nama gangster beliau “Bai” hanya mampu menahan kemarahan. Hampir terpacul dari mulut Pak Lebai perkataan fakof tapi iman menjadi penghalang.
Majlis persandingan, makan beradab dan silat pulut telah berlalu, pengantin lelaki dan tetamu-tetamu terpaksa membuka butang seluar akibat muatan melebihi kapasiti sepatutnya. Deejay yang diimport khas dari Kampung Dusun yang dilantik untuk menjadi deejay kenduri kawen yang penoh grand ini memulakan bicara.
“Majlis diperhebatkan lagi dengan pengantin dijemput ke tengah gelanggang untuk bermain badminton”
Wadehel?? Ini kalau Lee Chong Wei pon terkejut. Tula sape suruh wat kenduri kawen kt dewan badminton. Kan dh kena maen badminton.
8 Komen Pedas:
msti pasangan pengantin ni pemain badminton yg tak dapat g sukan komanwel kan?
haaaaaaaaaa....mne tau nih???
sy taw la. sbb sy pon dijemput. cume tak dpt menghadirkan diri je. sbb jauh sgt.
haa...bkn2....sbb diorg nk kawen la...xsmpt...
hah? cmne? cmne?
sbb diorg kawen tyme sukan komanwel la....
ouhh. *wat2 faham. ;D
kesengalan
Post a Comment