February 16, 2010 Segamat oh Segamat


Kisah hari ini mengisahkan ttg kenangan bersama sahabat2 baek aku di Segamat dulu waktu zaman diploma kami. Ape yg aku nk bgtau kt cni bahawasenye, Segamat bukanlah tempat yg best sgt sbnrnye. Tp ape yg membuatkan Segamat best sbb mempunyai ramai kwn yg sehati berdansa dgn aku. Makdud aku tu satu kepale la, bukan kembar siam kongsi kepale, same tabiat, same fahaman dan same lah. Takde la sume same, ssh la cmtu klu sume same.

Mase zaman duk kolej dr part 1-4 aku rse mse part 4 plg best sbb byk bende yg jd...hahahaha, besfren aku mase tu ialah Mala, Cidi dan Jibam. Lepak dlm bilik SR139 memekak jek keje. Kenangan bersame mereka menolak kereta jibam drpd bandar Segamat smpi IOI. Jauh siot. Hari tu kitorg outing men snuker ngn karaoke smpi xingt dunie. Pastu xsempat nk msk UiTM sbb dh pukul 10. So terpakse menagih simpati pegi umah bdk2 NRIOI(rambo,sato,tegak[PERMANENT])(bunny,ibah,boo[illegal NRIOI]) kt IOI. Kete jibam tyme tu prob sbb bru lps eksiden, jd menolak la kete smpi ke IOI. Hahahahahahahahah......

Dari kiri(belakang): Aku,Mala
Dari kiri(depan): Cidi, Jibam
Malam sebelum kejadian menolak kete.

Mase part 4 juga ade event SR OPEN, dimana aku,Cidi,Mala,Jibam serta junior kesayangan Sesy,Muki dan Cuki bergabung tenaga mewakili wing 1C utk berniaga di sana. Di gerai kami ada burger, sweet corn SONA(name diberkan sbb owner gile prison break), dan juga banana split. Hahahaha....best jugak dpt merase meniage wlupn bisnes kami tidak menguntungkan. Hahahahahah........

Dari kiri: Cidi,Mala,Muki,Sesy,Cuki,Aku,Jibam

Mase aku part 5 & 6, kene duduk luar atas sebab kolej telah pecah kerana tidak dapat menampung pertambahan pelajar. Malang sungguh nasib kami kerana kami telah tersingkir daripada menyertai Masyarakat Kolej Sempana Riau. Aku duduk di bandar Segamat pada mula rancangan nye duduk bersame cosmate aku iaitu Kadi, Batai, Sato, Santo, Sibye, Buloh dan aku. Tp ats masalah teknikal Sato terpakse mengucapkan 'bye' kepada kami kerana beliau mmg tidak dpt menyertai kami atas alasan yg kukuh di'approved' oleh UiTM dan juga Buloh hanya duduk tidak smpi sebulan atas dasar kemahuan org tua nye. Jadi ahli rumah smpi kami grade mse part 6 adalah aku, Kadi, Batai, Santo dan Sibye.

Dari kiri(atas): Kadi, Batai, Sato, Santo
Dari kiri(bawah): Sibye
Tiada dalam gmbr adalah aku kerana aku yg ambil gmbr ni

Byk kenangan kami ketika di rumah sewa. Antarenye kes bilik belakang, kes washing machine, bilik penyanyi asal Buffalo Soldier, Zoo Lot10(gajah, musang tua, orang utan sabah, dan lagi satu aku xingt), Lucky Ball, rumah urut, kes b*r*t panas kadi dan mcm2 lagi....hahahahhahah......Rumah sewa kami bernombor 10 dan kami gelarkan LOT10..........

Dan akhir sekali, gmbr dibwh ini adalah besfren@cosmate aku ketika di Segamat.....rindu siot nk lepak ngn korg....nk berbual kot* ngn korg....gmbr ni ketika PGN mse part 6 kt Equatorial Melaka.

BFF

Digg it StumbleUpon del.icio.us

0 Komen Pedas:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 .Kisah Penglipurlara.
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint